Monday, December 6, 2010

bab 13

pagi sabtu yang redup ti seakan cuaca juga seperti hati2 yang telah ditiggalkan azie. cuaca pagi itu redup bagaikan hendak hujan namun tiada rintik hujan yang turun. azman yang berpakaian melayu hitam berkaca mata hitam, setia menanti dipusara azie yang kemerahan tanpa menghiraukan tetamu yang pulang dan hadir. matanya yang bengkak dan masih dititiskan dengan air mata juga kesihatannya yang agak tak berapa sihat membuatkan ayah azie bertambah risau. ibu azie juga yang lemah dan bagai tidak percaya azie sudah meninggalkan mereka bangun lalu menuju ke kereta.

diusapnya batu nisan azie dengan perasaan yang amat hiba. belum sempat azie melihatnya memakai pakaian melayu dan belum sempat dibacakan azie alquran, azie telah pun pergi meninggalkannya. bunga mawar putih yang dibawanya tadi diletakkannya dipusara azie sebelom beredar pergi. berat kakinya melangkah namun langkah harus diteruskan dan azie tetap akan menjadi kenangan. tak mungkin cinta mereka akan dilupuskan.


dimalam hari kenduri arwah dijalankan dengan lancar.. azman yang kini duduk dengan family azie hanya termenung dijendela sepi. kamar azie yang indah diwarnai dengan warna kegemaran azie dengan hiasa gambar azie yang tersenyum manis mambuatkan senyuman azman terukir. seakan azie ada disisi.kini kamar ini telah menjadi kamarnya. alangkah indah jika azie ada pasti akhir tahun ini mereka akan diijab kabul. namun azman sedar dia hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang namun tuhan menentukan. bagai kata azie antara kami ada Dia, dia yang maha kuasa...



pejam celik pejam celik kepergian azie telah pun sebulan berlalu. selama sebulan itulah azman mengunjungi pusara azie dengan membawa mawar putih dan disirami air mawar didendangkan pula dengan bacaan yassin. betapa setianya azman terhadap percintaan mereka.


seperti yang dijanjikan tina bertemu dengan azman dipantai danga bay dengan wajah yang agak lesu.

"kau nak apa jumpa aku?" tersentap tina dengan kelantangan suara azman.
"maafkan aku ganggu kau.. aku nak bagitahu tentang baby kita" diukir senyuman manis dan tangan desmond digenggamnya erat. namun desmond menarik tangannya dengan agak keras.
"aku tak nak tahu pasal baby tu.... kau yang buat baby tu ada... bukan dengan rayuan aku tapi dengan permainan kau.! kini kau pikir azie dah tak ada kau akan dapat aku? sorry tina aku takkan bertanggungjawab diatas kesilapan kau!" sebelah mata pun azman tidak memandang wajah tina.

"tapi kau harus bertanggungjawab dia benih kau!" tina masih tidak mengalah.

"kita lain agama tina!" tina tersentap bagaikan tidak percaya.

"apa? kau tipu aku kan? kau tak nak kawin dengan aku sebab tu kau cakap kita lain agama kan?" azman hanya tersenyum sinis

"aku memeluk agama islam sebelom beberapa jam azie pergi. memang ini niat aku. sekarang kau tak kan boleh memaksa aku untuk anak yang kau kandungkan. tina berubahlah jangan buat orang benci kita." azman berlalu pergi meninggalkan tina seorang diri.



sejak malam pertemuan tina bersama azman kelmarin, tina tidak lagi berjumpa dengan azman untuk bertanggungjwab. dari sumber yang boleh dipercayai tina membawa diri ke sarawak untuk membuat pengguguran kerana dia tahu azman tidak akan bersamanya dan dia juga sedar anak dalam kandungan itu tidak akan bahagia. dia mengambil keputusan singkat itu setelah diberi nasihat dokter diatas dirinya yang tidak sihat sekiranya anak itu lahir anak itu tidak akan sempurna dan tina pula pasti tidak selamat. dia tidak sanggup melihat babynya tidak sempurna dan dia tidak dapat menjaga baby. ini semua berlaku kerana tina sentiada minum minuman yang beralkohol mungkin ini lah balasan tuhan.




azman pula kini membuka perniagaan butik diletaknya atas nama desziemond iaitu nama sambungannya bersama azie suatu ketika dulu. family azie juga banyak membantu azman dalam segala hal dan azman tidak akan lupa mengunjungi pusara azie.

bab 12

hari berganti hari, minit pula bersilih berganti... azie sudah tiga hari tidak sedarkan diri. dokter cakap hentakan yang kuat dikepala telah mengakibatkan pendaran dikapala dan paling menakutkan peluang untuk azie hidup sangat tipis. desmond yang sentiasa bersama azie sentiasa menitiskan air mata begitu juga ayah dan ibu azie yang turut menemani azie. tina pula sentiasa dihimpit rasa bersalah dan ketakutan. kini dia sedar mengapa desmond tak pernah mencintainya... kerana keinginannya dan cintanya pada desmond dia menjadi binatanag yang tidak punya perasaan sehingga azie terlantar dan mungkin azie akan mati. kalau ikutkan memang ini yang tina mahukan namun tatkala memikirkan desmond tak mungkin bersamanya walaupun azie akan pergi dia menjadi kegelisahan. segala apa yang dilakukan selama ini hanya memakan dirinya sendiri. tatkala ini semua menyalahinya dan tiada seorang pun yang bermesra dengannya. semuanya telah diketahui mereka....


dipagi hari jumaat itu sepatutnya desmond ada disisi azie namun dia tidak dapat menemani azie kerana ada urusan lain. urusannya ialah dihari ini dia akan menjadi umat islam. dia memeluk agama islam, pada mulanya dia nak buat kejutan pada azie. namun semua hanya tinggal angan2 kerana azie kini terlantar dihospital. dia ditemani ayah azie dan beberapa rakan rapat yang lain, family azie juga merupakan family angkat desmond... dan nama yang dipilihnya ialah mhd azman shah... nama azman adalah pemberian azie dikala azie sihat dan hubungan mereka baik...


"awak.. kalau awak masuk islam satu hari nanti awak letaklah nama azman... saya suka nama 2 awak..." masih tergiang ditelinganya akan suara manja azie.....




setibanya dihospital desmond atau kini dipanggil azman bertambah gembira bila mendapat tahu azie sudah mula sedar walau masih mamai. di usapnya dahi azie yang sedang lena tidur lalu tangan azie digenggamnya erat..


"awak.. bangung lah awak..." sayup suara desmond namun dapat didengari oleh azie. azie yang tidak berdaya mencuba menarik tangannya dari genggaman tangan desmond. sememangnya dia merindui genggaman tangan lelaki tersebut namun kini tidak mungkin lagi....

"awak saya tahu awak benci saya... saya minta maaf" desmond menitiskan air mata tatkala azie tidak sudi melihat wajahnya.

"awak pergilah bertanggungjwab... saya penat..." azie memejamkan mata menahan kesedihan.
"sebelom saya pergi saya nak awak tahu saya dah memeluk agama islam baru jerk berapa jam dan saya telah meletak nama mohd azman shah... saya tahu walau saya telah memeluk agama islam dosa saya masih tak terampun dan awak masih tetap tidak maafkan saya. namun awak harus tahu ini semua bukan saya yang pinta. tuhan uji saya kerana saya tahu dia tahu saya kuat dan boleh hadapi ini semua. awak ingat tak awak yang cakap kat saya tuhan tak kan uji umatnya diluar kemampuan umatnya..." semakin menitis air mata azie lalu ditolehnya wajah tenang desmond

"awak patut memohon ampun pada dia... percayalah walau awak sayang saya tapi antara kita ada dia awak.. dia yang maha kuasa dan dialah juga yang maha esa..." nafas azie seakan tersekat...

"awak jangan banyak bercakap.. awak rehat lah dulu.." desmond seakan mengerti akan maksud azie. tiba2 tangan desmond digenggam erat oleh azie

"awak saya penat.... sebelom saya rehat saya nak cakap kat awak sesuatau boleh?" tersekat sekat suara azie namun desmond masih dapat mendengar dengan jelas... hanya anggukan dan esakan tanggis dapat desmond jawab...

"azman.. saya sayang awak... awak tak salah apa2 terhadap saya... awak baik sangat terhadap saya. demi hubungan kita dan diri awak bertanggungjwab lah ye.. saya akan tetap menyayangi awak hingga ke nafas terakhir..." dipeluknya sekujur tubuh azie yang lemah dengan erat tatkala mendengarkan ucapan azie yang telah lama tidak didengarinya.

"awak saya memang sayang awak dari dulu saya sayang awak..." desmond tidak menyedari bahawa azie telah menghemburkan nafasnya yang terakhir didalam dakapan desmond.

Saturday, December 4, 2010

bab 11

sepanjang perjalan menuju tasik hati desmond penuh keresahan. walau hati gembira dapat melihat wajah azie yang hampir sebulan tak jumpa namun dia sedar perjumpaan kali ini bukanlah untuk bermesra namun sebaliknya. apakah yang akan berlaku sebentar lagi.. hatinya keresahan dia tahu azie jenis yang tak mampu mengharungi rintangan keseorangan.
setibanya ditasik desmond terlihat tina dan azie sedang menanti kehadirannya. dihampirinya mereka dengan langkah yang lesu dan lemah. azie yang melihat kehadiran desmond seakan ingin memeluk lelaki yang dirinduinya namun kemarahan yang masih bersisa tak dapat dibendung lagi.

"semua dah ada kan so?" tina memulakan dengan suara yang agak lantang.
"azie panggil u all ber2 kesini bukan untuk bertengkar namun azie harap selepas pertemuan hari ini kita akan buat seperti tidak ada apa2 yang berlaku. semua ini untuk kebaikan bersama. kita satu opis dan rumah pula satu taman... kita berkenalan dari zaman sekolah dan family saling kenal mengenal..." terdengar desmond mengeluh lemah tina pula tersenyum sinis.

"kau nie azie buang masa aku aje lah, kan bole sms jerk." tina dengan gayanya yang sombong membuatkan desmond panas hati.

"kau dah buat salah kau pula nak marah orang?" desmond mula berang.
"yang salah tu u alls, azie tak campur, dan azie harap u alls dapat menyelesaikan masalah u alls secepat mungkin azie akan mendoakan u alls bahagia keakhir hayat." azie berlalu pergi namun tangannya sempet disambar desmond.
"azie.. tak kan tak ada peluang untuk saya baiki kesilapan?" sayu suara desmond digenggamnya tangan azie dengan erat.

"satu cara membetolkan kesilapan awak ialah bertanggungjawab diatas diri tina dan kandungan dia." azie menarik agak kuat tangannya dari genggaman desmond namun desmond masih berkeras mengenggam tangan azie seakan tidak mahu lepas.

"saya terperangkap azie... awak kenal saya macam mana kan? pernah ke saya mengambil kesempatan keatas diri awak selama kita bersama? awak yang saya sayang tak percaya kan saya? azie awak tanya tina apa yang dia buat keatas saya, saya teraniaya azie... tolong lah percaya saya.. saya bukan lelaki yang macam tue" air mata desmond tak dapat ditahan lagi dia tak mahu kehilangan azie dan dia mahu azie tahu cerita sebenarnya. tina yang menyaksikan hanya berdiam diri.

"tina! kau ceritakan apa yang berlaku cepat!" desmond mula berang kerana azie masih tidak mempercayainya. tina hanya menjeling tak mungkinlah dia berterus terang.

"des... walau macam mana pun awak tetap kena bertanggungjawab" azie bertegas kerana dia tak sanggup mendengar cerita palsu yang hanya menambahkan luka dihatinya. desmond menarik tangan tina lalu memaksa tina bercakap jujur tina yang mengaduh kesakitan masih berdegil tidak mahu menceritakannya. desmond semakin berang lalu ditamparnya pipi tina berkali kali azie yang menyaksikan kejadian yang tak disangkakan menghalang desmond dari berkasar dengan tina.

"desmond! awak dah gila ker?"
"ye saya gila! gila disebabkan permainan kotor perempuan ni dan gila disebabkan awak yang saya sayang tidak mempercayai saya!"
"awak ego desmond... buang ego awak tu jauh2 dalam keadaan macam ni hanya bertanggungjawab lebih baik dari menyeksa antara satu sama lain. antara kita dah tak ada apa2 ini takdir sudah tentukan....."
"tidak azie... awak tak boleh tinggalkan saya macam ni."
"saya pun tak nak tinggalkan awak tapi awak yang buat saya tinggalkan awak.... anggaplah antara kita tak ada apa yang berlaku.." azie berlalu pergi dengan tangisan yang hiba.. disangkanya kuat hati ini namun melihat akan kejadian tadi dia tak kuat melepaskan desmond ketangan orang lain namun dia tak boleh egois tina lebih berhak untuk desmond. azie melintasi jalan tanpa menoleh kekiri kekanan dikepalanya koni kekosongan. dia tidak sedar ada sebuah kereta menghampirinya dengan laju, kereta tersebut menekan hon namun azie masih tidak menghiraukan. desmond yang terlihat akan azie dijalan dengan dihampiri kereta dengan laju berlari mendapatkan azie namun tidak sempat akhirnya kereta tersebut tidak dapat mengawal keadaan akhirnya azie dilanggarnya, azie melambung diatas bonet kereta dan desmond menghampiri azie yang telah terbaring dengan berlumuran darah. tina yang terlihat akan kejadian itu turut merasa bersalah.

azie dikejarkan kehospital dengan menaiki kereta desmong, sepenajang perjalanan desmond tak henti henti menangis dan merintih. kereta dipandu dengan laju supaya dapat sampai kehospital dengan cepat. setibanya dihospital azie dibawa ke bilik pembedahan. sepanjang pembedahan dijalankan desmond tak henti henti merintih tina yang ada juga turut berasa bersalah cuba ditenangkan hati desmond namun desmond tidak menghiraukan tina. pastinya semuanya berpunca dari tina.

bab 10

angin yang menderu menenangkan fikiran yang celaru, melihat ombak memukol pantai seakan ombak membawa pergi segala kesedihan yang menyelinap dihati, tatkala mendengar kicauan burung seakan burung menghiburkan yang sedang duka lara. namun semuanya masih tak mampu melenyapkan kepedihan hati yang ditanggungi. kaki masih lagi melangkah meniti pantai dengan berkaki ayam. kali ini jiwanya terasa kosong yang teramat, tidak pernah dirasanya kesepian sebegini rupa. selama ini hanya kelukaan tanpa berdarah tapi kali ini teramat parah. dia akan kehilangan desmond buat selamanya, desmond perlu bertanggungjawab terhadap tina. tina telah berjaya merebut cintanya walaupun pada selama ini dialah yang dapat menambat hati desmond. namun tina lebih hebat, mengandungkan anak desmond.... arghhhhhhh azie mengeluh yang agak dalam. tak tahu lagi apa harus dilakukan pada waktu ini. perasaannya pula bercampur baur, benci, sayang, rindu, marah... segalanya ada. bagaikan tak percaya kawan yang selama ini dibantu dan disimpatinya mengandungkan anak insan yang amat dipercayainya. dan paling tak percaya cinta yang diagongkannya selama ini telah dikhianati insan yang disanjungi telah meruntuhkan segalanya yang dibina sejak bertahun tahun lalu. bagaimana harus diluahkan kepiluan yang dirasai, bagaimana pula haru dititinya hari seorangan diri dan pada siapa harus dikongsi keperitan hati? melarikan diri bukan lagi jalan terbaik untuk meneruskan hari kerana semakin jauh dibawanya hati yang luka ini semakin hampir pula kepiluan menghimpit jiwa dan semakin kuat juga indu yang datang menyinggah...... kedamaian yang ada masih tidak mampu menyembuhkan hatinya yang luka. mungkin luka kali ini tak bisa dirawat lagi.


hari demi hari hati azie masih tidak tenang lagi, masih lagi tergiang giang akan peristiwa dirumah tina. entah apa yang berlaku terhadap desmond dengan tina selepas dia berlalu pergi? arghhhh biarkanlah mereka tahu buat tahulah akibat dan tahulah jalan penyelesaian. dia yang teraniaya tak perlu memikirkan masalah mereka. ya dia harus bangkit dari kelukaan, seandainya mereka melihat dia selemah itu pasti mereka akan mentertawakan dia kerana telah jadi mangsa mereka. mereka belom menang dengan taruhan tidak... aku tidak lemah! aku harus kuat. walau hati semakin pedih aku pasti dapat mengawal emosi. mereka tak mungkin akan mengetahui kelemahanku. aku orang yang kuat! azie mula berazam untuk menjadi lebih kuat. walau hati masih sayang namun itu bukan penamat hidupnya. hanya tuhan tahu segalanya.

selepas solat isya azie memanjatkan doa kehadrat illahi

"ya allah hambamu yang hina bersujud kepada mu.. aku memohon kau kuatkanlah hati ku kau cekalkanlah diriku untuk meniti harimu.. ya allah jika aku ditempat yang benar kau tunjukkanlah hikmah mu aku tak mampu berseorangan.. ya allah sekiranya desmond bukan ditakdirkan menjadi milikku kau putuskanlah kami berpisah secepat mungkin namun sekiranya dia ditakdirkan untuk ku selamanya aku abdikan diriku untuk cinta ini. aku tidak layak untuk menentangmu ya allah namun penderitaan yang aku tanggung ini tak mampu lagi untuk aku meniti seorang diri... aku bermohon padamu yang satu ya allah...." air mata berjujuran tatkala memanjatkan doa. semoga hati azie tenang....


dimalam itu azie mengemas semua barangnya dan esok dia akan kembali bekerja seperti biasa namun sebelom bekerja dia akan berjumpa dengan desmond dan tina untuk kali terakhir selepas perjumpaan itu dia akan menganggap diantara mereka tiada apa yang berlaku.

bab 9

tibalah masa yang tina nantikan, tina menanti kehadiran azie dan desmond dengan tenang. kepuasan terpancar diwajahnya, segala rancangan telah diaturkan dengan cara yang tersendiri hanya menanti mangsa sahaja yang hadir.

tingtong... kedengaran lonceng telah berbunyi tina tersenyum puas melihat azie dan desmond berpakaian sedondon dihadapan pintu mereka. dijemputnya mereka masuk dengan kemesraan terpancar diwajah mereka namun hati desmond telah merasa ada sesuatu akan berlaku.

"sebelom makan kita menonton dulu ye..." pelawa tina dengan penuh keramahan. lakonannya yang berkesanlah membuatkan azie tertipu selama ini. azie dan desmond tanpa banyak bicara hanya menanti cerita apa yang ditayangkan tuan rumah. sedang menanti tiba2 tayangan yang dilihat ialah desmond dan tina didalam bilik..
"ergghhhh sorry salah pulak." tina membuat muka bersalah lalu ingin menutupnya namun azie yang terkejut akan adegan yang dilihatnya tadi menepis tangan tina untuk menyaksikannya dan mengecamnya dengan mata yang mula berkaca.

"awak saya boleh terang kan"jelas kedengaran suara desmond yang agak lemah.
"awak nak terangkan apa?" azie tidak menoleh kearah desmond namun suaranya jelas kekesalan.
"azie aku pun boleh terangkan" tina cuba membetol keadaan namun dihatinya keriangan melihat mangsa masuk perangkap.
"des.. betol ke awak bertanggungjawab keatas kandungan tina?" air mata membasahi pipi.
"azie..." belom sempat untuk desmond berterus terang azie mencelah,
"saya tak sangka awak macam nie des, saya percayakan awak, awak mengkhianati cinta kita. mana silapnya des..... mana?" azie tak tertahan lagi untuk meluahkan rasa kesakitan.

"saya tak bersalah awak..." tiada kata lain yang terucap.
"awak tak jawab lagi.. betol ke awak yang lakukan des.." azie kelihatan tenag walau suaranya kedengaran keras.

"ye aku yang buat dia mengandung!! sekarang kau puas hati dengan jawapan aku?!!!" desmond hilang pertimbangan, azie yang terkejut dengan jawapan yang diberikan semakin teresak menangis. jatuh rasanya jantung yang ada, bagai tak percaya lelaki yang diagongkan selama ini sebenarnya bukanlah lelaki yang baik. tanpa membuang masa dicapainya beg tangan lalu berlalu pergi tanpa menghiraukan jeritan desmond.

malam yang sunyi itu dengan hati yang amat hiba dan pedih dibawanya diri ditasik yang sunyi seorang diri. air mata yang masih bersisa dibiarkan mengalir.... otaknya kosong bagai tidak mampu untuk berpikir apa pun.

"des.. kenapa awak buat macam ni..... saya tak sangka awak macam nie des... saya sayang awak, sekian lama kita bersama akhirnya ini balasan awak.... kenapa harus saya percayakan awak des.... awak tahu tak sakit rasanya bila cinta dikhianati..."
azie merintih keseorangan...



desmond mundar mandir dipintu opis azie, namun tak juga azie kelihatan. di dailnya nombur telefin bimbit azie namun tidak berfungsi, didailnya nombur telefon rumah azie tak juga berjawab. kenakah perginya azie? hati desmond betol2 risau dengan apa yang berlaku semalam dia takut azie hilang pertimbangan. kasihan azie, dia tidak bersalah namun dia menjadi mangsa ini semua kerana tina. perempuan tak guna!

"kau tunggu dia? tak mungkin dia datang" tina tersenyum sinis.
"kalau apa2 berlaku pada dia kau tak kan aku lepaskan!" suara desmond yang tinggi membuatkan semua yang ada berpandangan.
"desmond aku dapat tahu azie mengambil cuti sebulan dan permohonan dia diluluskan." kata ayu teman sepejabat. desmond hanya menganggukkan kepala manakala tina tersenyum kepuasan.

bab 8

hari demi hari azie semakin mesra dengan tina, azie sentiasa mengambil berat akan kandungan tina. begitu bersimpati dengan nasib tina, desmond pula begitu risau akan kebaikan yang azie lakukan. desmond tak tahu apa reaksi azie bila tiba masanya dia mengetahui tina mengandungkan anak dia. betapa dia tidak mahu azie tahu namun dia pasti satu hari nanti tina pasti akan membuka mulot. perempuan itu memang kejam dan jahanam!
"awak nie saya tengok baik sangat dengan tina sampai saya pun awak abaikan".azie yang dari tadi duduk dibahagian pemandu baru tersedar akan pengabaiannya terhadap desmond kerana mengasihani tina.
"awak.. saya minta maaflah.. awak jangan kecil hati k.. saya bukan apa, saya cuma kesian kat tina jerk dengan baby yang bakal dilahirkan." diusapnya lembut tangan desmond. namun desmond menariknya dengan agak keras.
"tahulah dia nanti nak buat macam mana. awak janganlah sibukkan sangat hal dia. tak ada gunanya.." agak kerasa kedengaran suara desmond.
"awak ni kenapa? awak saya tak dapat bayangkan kalau saya berada ditempat tina. awak cubalah pikir mana dia nak letak muka dan siapa yang akan bantu dia membesarkan baby bakal dilahirkan tu nanti?" azie mula berang dengan sikap acuh tak acuh desmond.
desmond mengeluh agak keras. namun cuba ditahan kemarahan, kerana dia sedar azie tak tahu situasi sebenar.
"maafkan saya awak, ye saya tahu awak nak bantu dia, tapi jagalah juga diri awak." diusapnya lembut rambut azie. azie hanya mendiamkan diri tak tahu nak berkata apa.


dalam kedinginan malam desmond duduk seorangan dihalaman rumahnya, pandangannya kosong jiwanya pula sepi. masih tergiang lagi pertengkaran kecilnya bersama azie petang tadi. betapa tulusnya hati wanita itu sanggup membantu tina yang kononnya dalam kesusahan. keluhan keras dikeluarkan oleh desmond tatkala memikirkan reaksi azie bila mendapat tahu kisah sebenar. pastinya dia akan kehilangan azie, dan azie hilang kepercayaan terhadapnya. mengapalah ini semua harus terjadi? diusapnya rambutnya yang kebasahan beberapa kali.

"azie maafkan saya buat ini semua pada awak. namun percayalah saya tak bersalah saya diperangkap. " desmond berkata sendiri dengan mata yang berkaca kerana sebak mengenangkan nasib bakal dihadapinya. sedang dia mengenang nasib tiba2 telefon bimbitnya berdering tanda ada masange. dicapainya telefon bimbit yang berada dimeja lalu dibacanya..

"aku nak kau bagitahu azie hal sebenar sebelom aku bertindak" pesanan dari tina betol2 menyakitkan hatinya. tidak dibalas masange yang dirasakannya tak penting.


suasana dipejabat riuh dengan kelam kabut pekerja menyiapkan kerja yang tergendala kerana semalam tiada elektrik. azie yang sedang membancuh minuman untuk sarapan pagi bernyanyi riang untuk mengambil mood kerja. desmond mendekati azie dengan gaya yang agak kelesuan. azie yang terlihat desmond lantas menghulurkan secawan kopi yang sememangnya mereka akan bersarapan bersama setiap pagi sebelom memulakan tugas harian.
"awak nampak lesu jerk kenapa nie?" dibeleknya muka desmond yang jelas keletihan.
"saya tak boleh tidur lah malam tadi" senyuman diukir tanda kemesraan. mereka tidak perasan yang tingkah laku mereka diperhatikan oleh tina. tina yang meluat dengan kemesraan mereka menghampiri mereka dengan senyuman sinis.

"hai orang bercinta ni pagi2 romantiks pula ye..." azie membalas senyuman tina tanda kemesraan namun dia tidak mengetahui akan maksud tina yang meluat.
" kau dah sarapan tak?" tanya azie dengan mesra desmond hanya mendiamkan diri.
" dah tadi kat rumah" balasan yang agak ringkas.
" dah sarapan so buat apa kau kesini?" tanya desmond tanpa melihat tina walau sebelah mata.
" lah tak boleh ker? aku saja jerk.." tina membelai bahu azie dengan lembut.
" kau nak kopi tak aku buat kan" tambah azie pula.
"tak lah azie, kau dah ckp dengan azie tak des?" serta merta wajah deesmond berubah menjadi gelisah.

"ermm bagitahu apa ekq?" azie yang kehairanan terus bertanya.
"lah kau tak bagitahu lagi ker? apalah kau ni, macam ni azie aku ingat nak belanja korang makan malam ni kat rumah aku. kau kan dah banyak bantu aku. so aku nak balas lah budi baik kau tue." balas tina dengan panjang lebar. azie hanya tersenyum desmond pula hanya berdiam diri.
"susah2 jerk lah kau ni tina. aku tolong ikhlas tapi kalau kau dah nak masak apa salahnya insyallah malam ni kitorang datang k." tina berlalu pergi dengan senyuman yang puas. desmond pula keresahan setelah diteguknya kopi 2 teguk terus dikucupnya dahi azie lalu terus berlalu pergi.

bab 7

2bulan sudah berlalu. hubungan yang dijalin menjadi semakin mesra kebencian tina semakin meluap luap. diusapnya perut yang membuahkan hasil dan tak lama lagi pasti desmond tak dapat melepaskan diri darinya. segalanya berbaloi.

tengah hari itu azie tak pergi lunch dengan desmond kerana desmond ada kerja lain diluar. azie hanya makan nasi bungkus dipejabat. tina menghampiri azie yang makan keseorangan dengan muka yang lesu.
"tina.. muka kau pucat, kau tak sihat ke?" tanya azie penuh kerisauan.
"aku... aku asyik muntah jek azie, tak tahu lah salah makan kot."
"aku bawa kau pergi klinik k. badan kau lemah nie bahayalah nanti." tanpa banyak membantah azie memapah tina menuju kekereta lalu memandu pergi keklinik panel berdekatan. sepanjang tina berada dalam bilik rawatan azie penuh kerisauan. itulah azie walau orang buat apa pun dia tetap membantu didalam kesusahan.

"dokter macam mana dengan kawan saya?"suara azie begitu cemas.
"kawan awak semakin pulih dan dia mengandung satu bulan 2minggu.." dokter berlalu pergi meninggalkan azie yang kehairanan.

"mengandung? ya allah anak siapa yang dikandungkan tina? kasihan tina berhadapan semua ini dengan sendiri." azie monolong dengan diri sendiri.



didalam kereta menuju pejabat azie hanya berdiam kan diri manakala tina buat muka bersalah. didalan hati berbunga keriangan akhirnya tak lama sahaja lagi desmond akan hadir dalam dirinya.

"azie.. terima kasih bawa aku pergi klinik, aku harap kau dapat rahsiakan masalah aku." tina bersuara agak lemah.
"baiklah tina, tapi kau kena jaga kandungan kau dengan baik tau. kalau boleh kau cari bapaknya untuk bertanggungjawab. jangan biarkan dia terlepas k." nasihat azie dalam tak sedar dia dipermainkan.

"azie azie, betapa bodoh dan lurusnya kau! kau tahu tak bapak anak yang aku kandung kan ni sapa punya?" tina tersenyum kepuasan seorang diri.. hanya dalam hati sahaja dapat berkata.



petang yang damai desmond dan azie berjoging bersama, memang itulah aktiviti mereka dihari jumaat setelah balik kerja. walau keletihan ditempat kerja bersenam mereka tidak lupa. mereka berjoging dengan kemesraan terpancar diwajah mereka. setelah penat seperti kebiasaannya mereka akan berehat ditepi tasik.

"awak saya bawa tina pergi klinik semalam"sambil mengelap peluh yang membasahi muka
"awak bawa dia klinik buat apa?" jelas kehairanan terpancar diwajah desmond
"dia muntah2 saya bwalah.. awak dia mengandung.... awak tak tahu ke sapa bot friend tina? kesianlah saya tengok dia kena tanggung sendiri." desmond terkedu mendengar jawapan azie yang spontan. tanpa berjawab apa2 desmond mengajak azie pulang kerana sudah kehilangan modal untuk menjawab dan kehilangan mood untuk berjoging.didalam perjalanan desmond hanya berdiam diri bagaikan memikirkan sesuatu namun azie turut membisu berpikiran pasti desmond menumpukan perhatian pemanduannya.


malam yang begitu sepi namun dihiasi dengan bintang berkelipan didada langit dengan angin yang segar, desmond dengan sabar menanti tina dikedai mamak osman.
walau dihati nya penuh dengan kerisauan.akhirnya nampak juga kelibat tina dengan berpakai ringkas. dihulurkannya senyuman manis pada desmond namun tidak diendahkan.

"akhirnya kau nak juga jumpa aku kan?" sambil melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan desmond.
"kau ambik nie dan kau tahu apa nak buat" desmond menghulurkan check kepada tina.
"oooo kekasih hati kau dah bagitahu ye.. bagus... tapi des kau jangan ingat aku bodoh.. aku tak kan buang, kalau aku buang kau tak kan bersama aku kan.?"
"apa yang kau nak sebenarny?" azie membantu kau tapi kau tikam dia?" desmond hilang pertimbangan
"simple.. aku just nak kan kau dalam genggaman aku." tina membesarkan mata.
"herm kau bermimpi.. meskipun kau lahirkan anak aku, aku tetap tak kan bersama perempuan murah macam kau. entah2 itu bukan anak aku!" bernada sinis walau dalam hati terlalu kepanasan.
"perempuan murahlah yang kau telah tidur malam tu dan hasilkan anak ini."tina terus berlalu pergi tanpa mengan check yang diberikan. desmond menumbok meja restoran tanpa menghiraukan pelanggan yang lain.