Saturday, December 4, 2010

bab 9

tibalah masa yang tina nantikan, tina menanti kehadiran azie dan desmond dengan tenang. kepuasan terpancar diwajahnya, segala rancangan telah diaturkan dengan cara yang tersendiri hanya menanti mangsa sahaja yang hadir.

tingtong... kedengaran lonceng telah berbunyi tina tersenyum puas melihat azie dan desmond berpakaian sedondon dihadapan pintu mereka. dijemputnya mereka masuk dengan kemesraan terpancar diwajah mereka namun hati desmond telah merasa ada sesuatu akan berlaku.

"sebelom makan kita menonton dulu ye..." pelawa tina dengan penuh keramahan. lakonannya yang berkesanlah membuatkan azie tertipu selama ini. azie dan desmond tanpa banyak bicara hanya menanti cerita apa yang ditayangkan tuan rumah. sedang menanti tiba2 tayangan yang dilihat ialah desmond dan tina didalam bilik..
"ergghhhh sorry salah pulak." tina membuat muka bersalah lalu ingin menutupnya namun azie yang terkejut akan adegan yang dilihatnya tadi menepis tangan tina untuk menyaksikannya dan mengecamnya dengan mata yang mula berkaca.

"awak saya boleh terang kan"jelas kedengaran suara desmond yang agak lemah.
"awak nak terangkan apa?" azie tidak menoleh kearah desmond namun suaranya jelas kekesalan.
"azie aku pun boleh terangkan" tina cuba membetol keadaan namun dihatinya keriangan melihat mangsa masuk perangkap.
"des.. betol ke awak bertanggungjawab keatas kandungan tina?" air mata membasahi pipi.
"azie..." belom sempat untuk desmond berterus terang azie mencelah,
"saya tak sangka awak macam nie des, saya percayakan awak, awak mengkhianati cinta kita. mana silapnya des..... mana?" azie tak tertahan lagi untuk meluahkan rasa kesakitan.

"saya tak bersalah awak..." tiada kata lain yang terucap.
"awak tak jawab lagi.. betol ke awak yang lakukan des.." azie kelihatan tenag walau suaranya kedengaran keras.

"ye aku yang buat dia mengandung!! sekarang kau puas hati dengan jawapan aku?!!!" desmond hilang pertimbangan, azie yang terkejut dengan jawapan yang diberikan semakin teresak menangis. jatuh rasanya jantung yang ada, bagai tak percaya lelaki yang diagongkan selama ini sebenarnya bukanlah lelaki yang baik. tanpa membuang masa dicapainya beg tangan lalu berlalu pergi tanpa menghiraukan jeritan desmond.

malam yang sunyi itu dengan hati yang amat hiba dan pedih dibawanya diri ditasik yang sunyi seorang diri. air mata yang masih bersisa dibiarkan mengalir.... otaknya kosong bagai tidak mampu untuk berpikir apa pun.

"des.. kenapa awak buat macam ni..... saya tak sangka awak macam nie des... saya sayang awak, sekian lama kita bersama akhirnya ini balasan awak.... kenapa harus saya percayakan awak des.... awak tahu tak sakit rasanya bila cinta dikhianati..."
azie merintih keseorangan...



desmond mundar mandir dipintu opis azie, namun tak juga azie kelihatan. di dailnya nombur telefin bimbit azie namun tidak berfungsi, didailnya nombur telefon rumah azie tak juga berjawab. kenakah perginya azie? hati desmond betol2 risau dengan apa yang berlaku semalam dia takut azie hilang pertimbangan. kasihan azie, dia tidak bersalah namun dia menjadi mangsa ini semua kerana tina. perempuan tak guna!

"kau tunggu dia? tak mungkin dia datang" tina tersenyum sinis.
"kalau apa2 berlaku pada dia kau tak kan aku lepaskan!" suara desmond yang tinggi membuatkan semua yang ada berpandangan.
"desmond aku dapat tahu azie mengambil cuti sebulan dan permohonan dia diluluskan." kata ayu teman sepejabat. desmond hanya menganggukkan kepala manakala tina tersenyum kepuasan.

No comments:

Post a Comment