Saturday, December 4, 2010

bab 10

angin yang menderu menenangkan fikiran yang celaru, melihat ombak memukol pantai seakan ombak membawa pergi segala kesedihan yang menyelinap dihati, tatkala mendengar kicauan burung seakan burung menghiburkan yang sedang duka lara. namun semuanya masih tak mampu melenyapkan kepedihan hati yang ditanggungi. kaki masih lagi melangkah meniti pantai dengan berkaki ayam. kali ini jiwanya terasa kosong yang teramat, tidak pernah dirasanya kesepian sebegini rupa. selama ini hanya kelukaan tanpa berdarah tapi kali ini teramat parah. dia akan kehilangan desmond buat selamanya, desmond perlu bertanggungjawab terhadap tina. tina telah berjaya merebut cintanya walaupun pada selama ini dialah yang dapat menambat hati desmond. namun tina lebih hebat, mengandungkan anak desmond.... arghhhhhhh azie mengeluh yang agak dalam. tak tahu lagi apa harus dilakukan pada waktu ini. perasaannya pula bercampur baur, benci, sayang, rindu, marah... segalanya ada. bagaikan tak percaya kawan yang selama ini dibantu dan disimpatinya mengandungkan anak insan yang amat dipercayainya. dan paling tak percaya cinta yang diagongkannya selama ini telah dikhianati insan yang disanjungi telah meruntuhkan segalanya yang dibina sejak bertahun tahun lalu. bagaimana harus diluahkan kepiluan yang dirasai, bagaimana pula haru dititinya hari seorangan diri dan pada siapa harus dikongsi keperitan hati? melarikan diri bukan lagi jalan terbaik untuk meneruskan hari kerana semakin jauh dibawanya hati yang luka ini semakin hampir pula kepiluan menghimpit jiwa dan semakin kuat juga indu yang datang menyinggah...... kedamaian yang ada masih tidak mampu menyembuhkan hatinya yang luka. mungkin luka kali ini tak bisa dirawat lagi.


hari demi hari hati azie masih tidak tenang lagi, masih lagi tergiang giang akan peristiwa dirumah tina. entah apa yang berlaku terhadap desmond dengan tina selepas dia berlalu pergi? arghhhh biarkanlah mereka tahu buat tahulah akibat dan tahulah jalan penyelesaian. dia yang teraniaya tak perlu memikirkan masalah mereka. ya dia harus bangkit dari kelukaan, seandainya mereka melihat dia selemah itu pasti mereka akan mentertawakan dia kerana telah jadi mangsa mereka. mereka belom menang dengan taruhan tidak... aku tidak lemah! aku harus kuat. walau hati semakin pedih aku pasti dapat mengawal emosi. mereka tak mungkin akan mengetahui kelemahanku. aku orang yang kuat! azie mula berazam untuk menjadi lebih kuat. walau hati masih sayang namun itu bukan penamat hidupnya. hanya tuhan tahu segalanya.

selepas solat isya azie memanjatkan doa kehadrat illahi

"ya allah hambamu yang hina bersujud kepada mu.. aku memohon kau kuatkanlah hati ku kau cekalkanlah diriku untuk meniti harimu.. ya allah jika aku ditempat yang benar kau tunjukkanlah hikmah mu aku tak mampu berseorangan.. ya allah sekiranya desmond bukan ditakdirkan menjadi milikku kau putuskanlah kami berpisah secepat mungkin namun sekiranya dia ditakdirkan untuk ku selamanya aku abdikan diriku untuk cinta ini. aku tidak layak untuk menentangmu ya allah namun penderitaan yang aku tanggung ini tak mampu lagi untuk aku meniti seorang diri... aku bermohon padamu yang satu ya allah...." air mata berjujuran tatkala memanjatkan doa. semoga hati azie tenang....


dimalam itu azie mengemas semua barangnya dan esok dia akan kembali bekerja seperti biasa namun sebelom bekerja dia akan berjumpa dengan desmond dan tina untuk kali terakhir selepas perjumpaan itu dia akan menganggap diantara mereka tiada apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment