Friday, December 3, 2010

bab 2

hari yang amat panas ditambah pula jalan raya yang agak sibuk, asap berkepul kepul dari kenderaan yang lalu lalang. azie yang sedang menanti bas di perhentian bas terasa kepenatan menanti bas yang telah setengah jam tidak juga hadir. banyak kali dilihatnya jan ditangan makin lama makin resah. teksi juga tidak kelihatan, dimundar mandirnya perhentian bas dengan langkah yg keresahan.

tintintintin....... ditolehnya kelihatan desmond berbaju kemeja hitam kelihatan kemas, menuju kearah azie yang jelas keresahan dengan kehadiran desmond. senyuman di balas senyuman walau senyuman itu tidak semera dulu lagi namun hati masih tetap seperti dahulu.

"mana kereta awak?" tutur bahasa yang lembut.
"kat bengkel ayah... rosak" ringkas dan padat. mata tidak lagi bertentangan. desmond melihat jam ditangan dengan ada keluhan ringan..
"dah tiba masa masuk kerja, jom saya hantar kan..." sekali lagi desmond membuat azie terpinga...
"ergggggg rasanya tak perlulah... sekejap lagi pasti ada bas. awak pergilah dulu nanti lambat pula..." walau serba salah tetap terpaksa menolak. hati perlu dicekalkan.
" terpulang pada awak... tapi kalau awak lambat awak tahu apa akan jadikan..." desmond tidak berputus asa. dia tahu hati azie tidak sekeras mana.

" des.... tolong paham saya..." azie tak tertahan hiba lagi.. melihat kan air mata azie desmond jadi bersalah.

" maafkan saya... awak take care ye... sini susah nak dpt bas. kali nie sahaja kali terakhir saya ajak awak naik dengan saya. lepas ni saya hormat keputusan awak." akhirnya azie tiada pilihan dilangkahkan juga kaki kedalam ketera desmond. seperti biasa didalam kereta waktu pagi pasti desmond mendengar lagu kegemarannya lagu dari kumpulan lela bertajuk bidadari.

setelah tiba tempat meletak kereta tiba2 desmond menghulurkan tangan untuk mereka berjabat. sebenarnya itulah yg akan mereka lakukan dahulu tatkala berjumpa dan berpisah sementara. namun kini berbeza ianya tak patut berlaku.
'erggg maafkan saya. awak ake car balik nanti pastikan awak ada yang jemput. kalau tak ada saya sedia menumpangkan awak." masih desmond mahu merebut kembali hati wanita yg amat disayangi.
"tak palah des balik ayah saya dah janji nak jemput. thanz" azie berlalu pergi tanpa nemoleh lagi. desmond melihat azie sehingga hilang bayang2 azie. desmond mengeluh dengan amat keras. tak tahu apa cara lagi untuk direbut hati azie.

"azie saya tak akan berputus asa. awak lah segalanya bagi saya" diseluknya poket seluar dan dikeluarkan kotak kecil berwarna merah berukir rose dan dibukanya kota yg berisi sebentuk cincin berlian yg didalamnya terukir nama desziemond antara nama smbungan mereka. cincin itu adalah cincin untuk melamar azie pada besday azie yg akan datang. nampaknya hanya tinggal angan.



dipejabat azie cuba sibukkan diri dengan melakukan kerja, supaya dia tidak memikirkan masalah yang ada dikotak pikiranya. namun makin mahu dilupa makin pula ianya singgah dikepalanya. akhirnya azie mengalah lalu menagis tanpa menghiraukan kawan yang melihat. hatinya tidak sekeras yang orang nampak. hatinya pula terasa pedih tatkala melihat desmond masih lagi mengambil berat akan dirinya. selalunya diwaktu rehat mereka akan rehat bersama di opis atau mana2 restoran. mereka kerja sama tempat membuatkan kenangan susah untuk dilupakan. setiap masa akan berjumpa. tambahan pula ada mesyuarat pada pukol 3 patang. bukan mudah untuk mengelak. betollah kata orang makin dilari makin datang makin tak nak makin diberi.....


tepat pukol 3petang meating yang sepatutnya dijalan kan telah gempar dengan berita desmond kemalangan dan kini berada dihospital. azie yang mendengar berita cemas itu tidak membuang masa untuk menjenguk desmond. sepanjang perjalan air mata tak henti2 mengalir. hanya tuhan tahu betapa hatinya risau dan serba salah.

No comments:

Post a Comment