Friday, December 3, 2010

bab 3

air mata berjujuran tatkala melihat keadaan desmond yang tidak sedarkan diri, lemah seluruh badan tatkala melihat degupan jantungnya yang agak lemah ditambah pula melihat kotak cincin yg diserahkan oleh dokter pada azie. tak sangka sejauh itu desmond memikirkan hubungan mereka.

"des... bangunlah... azie datang tengok des. des kuatkan? des azie sayang des.. azie minta maaf buat des menderita. azie ingt kan des akan bahagia dengan pengorbanan azie. azie bersalah des. bangunlah hukum azie. azie bersalah....... bangun des. jangan buat azie macam nie.... " digenggamnya erat tangan desmond yang tidak bermaya. dunia seakan sepi seketika tatkala azie membaringkan kepalanya disisi desmond dengan esakan tangis yang amat jelas. kawan2 pejabat yang ada hanya mampu menenangkan azie.

"sabar azie... ada hikmah sebaliknya. nanti des akan sedar sabarlah..." pujuk ayu kawan sepejabat dan merupakan kawan yang mengetahui segalanya hubungan mereka.

"ayu aku nak pergi solat kalau ada apa perkembangan cari aku kat surau" langkah yang amat lemah dalam hidup azie. dalam keberatan untuk meninggalkan desmond yang terlantas azie kuat kan juga langkah dan semangatnya untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam.


"ya allah hambamu yang hina ini sujud menghadapmu. aku mohon kau kuatkanlah diriku, hatiku, iman ku, semangatku dalam menempuh harimu. dalam meniti hari yang bagaikan dititian usang, ya allah kau kuatkanlah semangat desmond dalam menempuh kesakitan yang ada. kau berilah kami jalan yang terbaik untuk hubungan kami... aku tak mampu melihat dia dalam keadaan begini. aku mohon ya allah berilah kami keredhaanmu dalam mencari erti sebenar hubungan kami...." dlm esakan yang masih bersisa azie memohon kehadrat illahi. hanya padaNya yang layak dipohon segala keredhaan.


diwad keluarga desmond hadir melawat desmond. azie tak sanggup melihat ibu desmond yang menangis kesedihan melihat desmond yang lemah longlai. kakak lina yang juga kesedihan memeluk azie dengan kuat.. tangisannya membuatkan azie turut menangis. air mata lina jatuh dibahu azie. bahu yang kebasahan tidak lagi azie hiraukan, pelukan lina dibalasnya dengan erat.

"akak bersabar ye...azie pasti desmond akan selamat. maafkan azie buat family akak susah macam nie..." pelukan dilepaskan lina merenung tepat kemanat azie inginkan pengertian...

"azie memutuskan hubungan kami kak... kerana azie nak lihat kebahagiaan family akak, azie tak sangka semuanya berlaku... maafkan...' belom sempat azie menghabiskan bicara lina telah mencelah
"tak azie... bukan salah azie... semua salah akak, kalau tak kerana akak kamu berdua pasti sedang bahagia, dan des tak akan disini... akak dah cakap kat dia pertemuan kita hari itu... mungkin kerana marah dia pandu dengan laju dan sekarang terlantar disin. semua salah akak..." tengisan yang bagai tiada henti....


semuanya belalu dengan pantas dalam tak seda sudah 3 hai desmond terlantar dihospital, dan selama itulah azie melawat desmond dihospital... keadaan desmond semakin pulih dan hubungan mereka juga semakin pulih walau tidak semesra dulu. senyuman yang terlukir dibibir azie hanya untuk menyenangkan hati desmond. perasaan serba salahnya masih tidak hilang selagi desmond tidak pulih sepenuhnya. hubungan desmond dengan lina pula tidak sebaik yang disangkakan, hanya hadapan azie desmond berbaik dengan kakaknya dibelakang sebaliknya. kerana sisa kemarahan atas perbuatan lina yang cuba merosakkan hubungan mereka hanya kerana untuk menyatukan desmond dengan tina membuatkan desmond semakin marah. azie yang tidak tahu punca lina berbuat demikian hanya berdiam atas perhubungan mereka. dan desmond tidak akan membiarkan lina merosakkan hubungan mereka lagi.

No comments:

Post a Comment