Saturday, December 4, 2010

bab 8

hari demi hari azie semakin mesra dengan tina, azie sentiasa mengambil berat akan kandungan tina. begitu bersimpati dengan nasib tina, desmond pula begitu risau akan kebaikan yang azie lakukan. desmond tak tahu apa reaksi azie bila tiba masanya dia mengetahui tina mengandungkan anak dia. betapa dia tidak mahu azie tahu namun dia pasti satu hari nanti tina pasti akan membuka mulot. perempuan itu memang kejam dan jahanam!
"awak nie saya tengok baik sangat dengan tina sampai saya pun awak abaikan".azie yang dari tadi duduk dibahagian pemandu baru tersedar akan pengabaiannya terhadap desmond kerana mengasihani tina.
"awak.. saya minta maaflah.. awak jangan kecil hati k.. saya bukan apa, saya cuma kesian kat tina jerk dengan baby yang bakal dilahirkan." diusapnya lembut tangan desmond. namun desmond menariknya dengan agak keras.
"tahulah dia nanti nak buat macam mana. awak janganlah sibukkan sangat hal dia. tak ada gunanya.." agak kerasa kedengaran suara desmond.
"awak ni kenapa? awak saya tak dapat bayangkan kalau saya berada ditempat tina. awak cubalah pikir mana dia nak letak muka dan siapa yang akan bantu dia membesarkan baby bakal dilahirkan tu nanti?" azie mula berang dengan sikap acuh tak acuh desmond.
desmond mengeluh agak keras. namun cuba ditahan kemarahan, kerana dia sedar azie tak tahu situasi sebenar.
"maafkan saya awak, ye saya tahu awak nak bantu dia, tapi jagalah juga diri awak." diusapnya lembut rambut azie. azie hanya mendiamkan diri tak tahu nak berkata apa.


dalam kedinginan malam desmond duduk seorangan dihalaman rumahnya, pandangannya kosong jiwanya pula sepi. masih tergiang lagi pertengkaran kecilnya bersama azie petang tadi. betapa tulusnya hati wanita itu sanggup membantu tina yang kononnya dalam kesusahan. keluhan keras dikeluarkan oleh desmond tatkala memikirkan reaksi azie bila mendapat tahu kisah sebenar. pastinya dia akan kehilangan azie, dan azie hilang kepercayaan terhadapnya. mengapalah ini semua harus terjadi? diusapnya rambutnya yang kebasahan beberapa kali.

"azie maafkan saya buat ini semua pada awak. namun percayalah saya tak bersalah saya diperangkap. " desmond berkata sendiri dengan mata yang berkaca kerana sebak mengenangkan nasib bakal dihadapinya. sedang dia mengenang nasib tiba2 telefon bimbitnya berdering tanda ada masange. dicapainya telefon bimbit yang berada dimeja lalu dibacanya..

"aku nak kau bagitahu azie hal sebenar sebelom aku bertindak" pesanan dari tina betol2 menyakitkan hatinya. tidak dibalas masange yang dirasakannya tak penting.


suasana dipejabat riuh dengan kelam kabut pekerja menyiapkan kerja yang tergendala kerana semalam tiada elektrik. azie yang sedang membancuh minuman untuk sarapan pagi bernyanyi riang untuk mengambil mood kerja. desmond mendekati azie dengan gaya yang agak kelesuan. azie yang terlihat desmond lantas menghulurkan secawan kopi yang sememangnya mereka akan bersarapan bersama setiap pagi sebelom memulakan tugas harian.
"awak nampak lesu jerk kenapa nie?" dibeleknya muka desmond yang jelas keletihan.
"saya tak boleh tidur lah malam tadi" senyuman diukir tanda kemesraan. mereka tidak perasan yang tingkah laku mereka diperhatikan oleh tina. tina yang meluat dengan kemesraan mereka menghampiri mereka dengan senyuman sinis.

"hai orang bercinta ni pagi2 romantiks pula ye..." azie membalas senyuman tina tanda kemesraan namun dia tidak mengetahui akan maksud tina yang meluat.
" kau dah sarapan tak?" tanya azie dengan mesra desmond hanya mendiamkan diri.
" dah tadi kat rumah" balasan yang agak ringkas.
" dah sarapan so buat apa kau kesini?" tanya desmond tanpa melihat tina walau sebelah mata.
" lah tak boleh ker? aku saja jerk.." tina membelai bahu azie dengan lembut.
" kau nak kopi tak aku buat kan" tambah azie pula.
"tak lah azie, kau dah ckp dengan azie tak des?" serta merta wajah deesmond berubah menjadi gelisah.

"ermm bagitahu apa ekq?" azie yang kehairanan terus bertanya.
"lah kau tak bagitahu lagi ker? apalah kau ni, macam ni azie aku ingat nak belanja korang makan malam ni kat rumah aku. kau kan dah banyak bantu aku. so aku nak balas lah budi baik kau tue." balas tina dengan panjang lebar. azie hanya tersenyum desmond pula hanya berdiam diri.
"susah2 jerk lah kau ni tina. aku tolong ikhlas tapi kalau kau dah nak masak apa salahnya insyallah malam ni kitorang datang k." tina berlalu pergi dengan senyuman yang puas. desmond pula keresahan setelah diteguknya kopi 2 teguk terus dikucupnya dahi azie lalu terus berlalu pergi.

No comments:

Post a Comment