Saturday, December 4, 2010

bab 11

sepanjang perjalan menuju tasik hati desmond penuh keresahan. walau hati gembira dapat melihat wajah azie yang hampir sebulan tak jumpa namun dia sedar perjumpaan kali ini bukanlah untuk bermesra namun sebaliknya. apakah yang akan berlaku sebentar lagi.. hatinya keresahan dia tahu azie jenis yang tak mampu mengharungi rintangan keseorangan.
setibanya ditasik desmond terlihat tina dan azie sedang menanti kehadirannya. dihampirinya mereka dengan langkah yang lesu dan lemah. azie yang melihat kehadiran desmond seakan ingin memeluk lelaki yang dirinduinya namun kemarahan yang masih bersisa tak dapat dibendung lagi.

"semua dah ada kan so?" tina memulakan dengan suara yang agak lantang.
"azie panggil u all ber2 kesini bukan untuk bertengkar namun azie harap selepas pertemuan hari ini kita akan buat seperti tidak ada apa2 yang berlaku. semua ini untuk kebaikan bersama. kita satu opis dan rumah pula satu taman... kita berkenalan dari zaman sekolah dan family saling kenal mengenal..." terdengar desmond mengeluh lemah tina pula tersenyum sinis.

"kau nie azie buang masa aku aje lah, kan bole sms jerk." tina dengan gayanya yang sombong membuatkan desmond panas hati.

"kau dah buat salah kau pula nak marah orang?" desmond mula berang.
"yang salah tu u alls, azie tak campur, dan azie harap u alls dapat menyelesaikan masalah u alls secepat mungkin azie akan mendoakan u alls bahagia keakhir hayat." azie berlalu pergi namun tangannya sempet disambar desmond.
"azie.. tak kan tak ada peluang untuk saya baiki kesilapan?" sayu suara desmond digenggamnya tangan azie dengan erat.

"satu cara membetolkan kesilapan awak ialah bertanggungjawab diatas diri tina dan kandungan dia." azie menarik agak kuat tangannya dari genggaman desmond namun desmond masih berkeras mengenggam tangan azie seakan tidak mahu lepas.

"saya terperangkap azie... awak kenal saya macam mana kan? pernah ke saya mengambil kesempatan keatas diri awak selama kita bersama? awak yang saya sayang tak percaya kan saya? azie awak tanya tina apa yang dia buat keatas saya, saya teraniaya azie... tolong lah percaya saya.. saya bukan lelaki yang macam tue" air mata desmond tak dapat ditahan lagi dia tak mahu kehilangan azie dan dia mahu azie tahu cerita sebenarnya. tina yang menyaksikan hanya berdiam diri.

"tina! kau ceritakan apa yang berlaku cepat!" desmond mula berang kerana azie masih tidak mempercayainya. tina hanya menjeling tak mungkinlah dia berterus terang.

"des... walau macam mana pun awak tetap kena bertanggungjawab" azie bertegas kerana dia tak sanggup mendengar cerita palsu yang hanya menambahkan luka dihatinya. desmond menarik tangan tina lalu memaksa tina bercakap jujur tina yang mengaduh kesakitan masih berdegil tidak mahu menceritakannya. desmond semakin berang lalu ditamparnya pipi tina berkali kali azie yang menyaksikan kejadian yang tak disangkakan menghalang desmond dari berkasar dengan tina.

"desmond! awak dah gila ker?"
"ye saya gila! gila disebabkan permainan kotor perempuan ni dan gila disebabkan awak yang saya sayang tidak mempercayai saya!"
"awak ego desmond... buang ego awak tu jauh2 dalam keadaan macam ni hanya bertanggungjawab lebih baik dari menyeksa antara satu sama lain. antara kita dah tak ada apa2 ini takdir sudah tentukan....."
"tidak azie... awak tak boleh tinggalkan saya macam ni."
"saya pun tak nak tinggalkan awak tapi awak yang buat saya tinggalkan awak.... anggaplah antara kita tak ada apa yang berlaku.." azie berlalu pergi dengan tangisan yang hiba.. disangkanya kuat hati ini namun melihat akan kejadian tadi dia tak kuat melepaskan desmond ketangan orang lain namun dia tak boleh egois tina lebih berhak untuk desmond. azie melintasi jalan tanpa menoleh kekiri kekanan dikepalanya koni kekosongan. dia tidak sedar ada sebuah kereta menghampirinya dengan laju, kereta tersebut menekan hon namun azie masih tidak menghiraukan. desmond yang terlihat akan azie dijalan dengan dihampiri kereta dengan laju berlari mendapatkan azie namun tidak sempat akhirnya kereta tersebut tidak dapat mengawal keadaan akhirnya azie dilanggarnya, azie melambung diatas bonet kereta dan desmond menghampiri azie yang telah terbaring dengan berlumuran darah. tina yang terlihat akan kejadian itu turut merasa bersalah.

azie dikejarkan kehospital dengan menaiki kereta desmong, sepenajang perjalanan desmond tak henti henti menangis dan merintih. kereta dipandu dengan laju supaya dapat sampai kehospital dengan cepat. setibanya dihospital azie dibawa ke bilik pembedahan. sepanjang pembedahan dijalankan desmond tak henti henti merintih tina yang ada juga turut berasa bersalah cuba ditenangkan hati desmond namun desmond tidak menghiraukan tina. pastinya semuanya berpunca dari tina.

No comments:

Post a Comment