Monday, December 6, 2010

bab 13

pagi sabtu yang redup ti seakan cuaca juga seperti hati2 yang telah ditiggalkan azie. cuaca pagi itu redup bagaikan hendak hujan namun tiada rintik hujan yang turun. azman yang berpakaian melayu hitam berkaca mata hitam, setia menanti dipusara azie yang kemerahan tanpa menghiraukan tetamu yang pulang dan hadir. matanya yang bengkak dan masih dititiskan dengan air mata juga kesihatannya yang agak tak berapa sihat membuatkan ayah azie bertambah risau. ibu azie juga yang lemah dan bagai tidak percaya azie sudah meninggalkan mereka bangun lalu menuju ke kereta.

diusapnya batu nisan azie dengan perasaan yang amat hiba. belum sempat azie melihatnya memakai pakaian melayu dan belum sempat dibacakan azie alquran, azie telah pun pergi meninggalkannya. bunga mawar putih yang dibawanya tadi diletakkannya dipusara azie sebelom beredar pergi. berat kakinya melangkah namun langkah harus diteruskan dan azie tetap akan menjadi kenangan. tak mungkin cinta mereka akan dilupuskan.


dimalam hari kenduri arwah dijalankan dengan lancar.. azman yang kini duduk dengan family azie hanya termenung dijendela sepi. kamar azie yang indah diwarnai dengan warna kegemaran azie dengan hiasa gambar azie yang tersenyum manis mambuatkan senyuman azman terukir. seakan azie ada disisi.kini kamar ini telah menjadi kamarnya. alangkah indah jika azie ada pasti akhir tahun ini mereka akan diijab kabul. namun azman sedar dia hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang namun tuhan menentukan. bagai kata azie antara kami ada Dia, dia yang maha kuasa...



pejam celik pejam celik kepergian azie telah pun sebulan berlalu. selama sebulan itulah azman mengunjungi pusara azie dengan membawa mawar putih dan disirami air mawar didendangkan pula dengan bacaan yassin. betapa setianya azman terhadap percintaan mereka.


seperti yang dijanjikan tina bertemu dengan azman dipantai danga bay dengan wajah yang agak lesu.

"kau nak apa jumpa aku?" tersentap tina dengan kelantangan suara azman.
"maafkan aku ganggu kau.. aku nak bagitahu tentang baby kita" diukir senyuman manis dan tangan desmond digenggamnya erat. namun desmond menarik tangannya dengan agak keras.
"aku tak nak tahu pasal baby tu.... kau yang buat baby tu ada... bukan dengan rayuan aku tapi dengan permainan kau.! kini kau pikir azie dah tak ada kau akan dapat aku? sorry tina aku takkan bertanggungjawab diatas kesilapan kau!" sebelah mata pun azman tidak memandang wajah tina.

"tapi kau harus bertanggungjawab dia benih kau!" tina masih tidak mengalah.

"kita lain agama tina!" tina tersentap bagaikan tidak percaya.

"apa? kau tipu aku kan? kau tak nak kawin dengan aku sebab tu kau cakap kita lain agama kan?" azman hanya tersenyum sinis

"aku memeluk agama islam sebelom beberapa jam azie pergi. memang ini niat aku. sekarang kau tak kan boleh memaksa aku untuk anak yang kau kandungkan. tina berubahlah jangan buat orang benci kita." azman berlalu pergi meninggalkan tina seorang diri.



sejak malam pertemuan tina bersama azman kelmarin, tina tidak lagi berjumpa dengan azman untuk bertanggungjwab. dari sumber yang boleh dipercayai tina membawa diri ke sarawak untuk membuat pengguguran kerana dia tahu azman tidak akan bersamanya dan dia juga sedar anak dalam kandungan itu tidak akan bahagia. dia mengambil keputusan singkat itu setelah diberi nasihat dokter diatas dirinya yang tidak sihat sekiranya anak itu lahir anak itu tidak akan sempurna dan tina pula pasti tidak selamat. dia tidak sanggup melihat babynya tidak sempurna dan dia tidak dapat menjaga baby. ini semua berlaku kerana tina sentiada minum minuman yang beralkohol mungkin ini lah balasan tuhan.




azman pula kini membuka perniagaan butik diletaknya atas nama desziemond iaitu nama sambungannya bersama azie suatu ketika dulu. family azie juga banyak membantu azman dalam segala hal dan azman tidak akan lupa mengunjungi pusara azie.

2 comments:

  1. tu la..org kate ape2 yg ibu mkn mesti akan effect pd baby..nice story la awk..hope, biar la psngn kite dr org yg baik2 n betul2 cintakan kite krn ALLAH.. :)

    ReplyDelete