Friday, December 3, 2010

bab 6

tibalah hari yang dinantikan oleh desmond, hari besday azie yang ke21tahun. segala persiapan party telah disediakan hanya menanti malam sahaja. tak sabar rasanya nak melamar azie. berdebar dengan riasi azie bila dilamar oleh desmond. semoga segala rancangan berjalan dengan lancar. semua rakan rakan terdekat telah dipanggil. desmond nak mereka jadi saksi lamaran desmond terhadap azie. cinta yang mendalam dan tulus tak boleh dibiar berjalan tanpa ada ikatan. desmond juga ada memasang niat untuk memeluk agama islam. dalam diam dia ada juga mempelajari ilmu islam untuk lebih memahami islam. segalanya dilakukan dalam senyap2 tanpa sesiapa tahu.

dimalam hati tepat jam malam azie sedang bersiap berdandan untuk bertemu dengan desmond. dipakainya dres yang diberikan oleh desmond petang tadi. entah mengapa hatinya rasa bagai ada sesuatu yang akan berlaku pada malam ini. namun tetap ditenangkan hati walau terasa bagaikan tidak selesa dengan debaran yang melanda. azie makeup secara simple kerana memang tak suka make up yang tebal. sesuai dengan kulit muka halus. setelah siap berdandan azie menanti kehadiran desmond sambil menonton tv berseorangan.

tintintin... pastinya desmond telah tiba tepat pada waktunya. tanpa membuang masa azie mencapai beg tangan nya lalu mematikan tv, menuju pula ke rak kasut dicapainya kasut tumit tinggi berwarna coklat. setelah siap memakai kasut tumitnya dibukanya pintu rumah lalu menguncinya. desmond yang segak berdiri dipintu keretanya tersenyum manis melihat gadis pujaannya berpakaian dress yang diberikannya memang sesuai dipakai oleh azie gadis yang kecil molek.

"awak kenapa tenung saya macam tu?" azie merasa bagai ada yang tak kena dengan pakaiannya sehingga desmond merenungnya sebegitu rupa.
"cantik lah, awak kan cantik, orang cantik pakai apa pun cantik..." pujian ikhlas dari desmond dengan senyuman manisnya. wangian gucci azie menusuk kehidung desmond membuatkan desmond bertambah yakin malam ini malam bahagia mereka.

"sebelom pergi awak kena pakai nie...." desmond mengeluarkan sehelai kain hitam yang membuatkan azie bertambah tak paham apa akan terjadi.

"kenapa?"hanya ringkas soalan yang terkeluar dari mulot azie. desmond hanya tersenyum sambil tangannya pantas menutup mata azie menggunakan kain hitam tadi.

"awak jangan takut saya tak buat apa2 kat awak. nanti awak akan tahu juga... k duduk baik2..." desmond menutup pintu kereta dengan penuh kegembiraan.

sepanjang perjalanan azie tak henti2 bertanya apa rancangan desmond, kemana nak dibawanya azie, macam2 yang ditanya. kebimbangan telah menyulubungi diri azie. desmond hanya berdiam diri hanya senyuman terukir dibibirnya. kerisauan terpancar diwajah azie. namun sebentar lagi pasti azie akan kegembiraan. akhirnya perjalanan mereka terhenti kerana destinasi telah pun tiba. desmond memimpin azie keluakereta. terdengarlah ombak memukul pantai.. terasalah angin sempoi bahasa......
mata yang tadinya gelap kini telah dibuka ikatannya.... terpancarlah senyuman keriangan dibibir azie tatkala melihat semua kawan2 ada diparty besdaynya...

"suprise...." semuanya bagaikan mimpi.... dipandangnya wajah desmond dengan tanda terima kasih kerana menyediakan segalanya. bbq yang diimpikan ditepi pantai diwaktu malam dengan kawan2 betapa indahnya.

"awak terima kasih.." lantas dipeluknya tubuh desmond dengan penuh erat.
"happy besday azie..."dikucupnya dahi azie dengan penuh kasih sayang. tiba2 gesekan biola kedengaran dan dibawanya azie kemeja yang berlilin memang desmond sediakan khas untuk mereka berdua.
"awak dihari kelahiran awak nie saya ada benda istimewa untuk awak..."
"ada lagi? awak ini pun dah lebih istimewa untuk saya" senyuman manis azie membuatkan desmond bertambah yakin rancangannya akan berjalan lancar. diseluknya poket semuar dan mengeluarkan kotak yang memang telah berbulan disimpannya untuk melamar azie.

"awak saya tahu awak dah tengok cincin ni waktu saya dalam hospital kan. dah tak berapa nak suprise... tapi saya harap awak suka" dihulurnya kotak itu kepada azie yang sememangnya hanya tersenuyum kegembiraan tidak terkata.
"awak saya hargai semua yang awak lakukan..."
"awak mungkin agama kita berbeza namun awak percayalah satu hari nanti agama tu bukan penghalang bagi kita. sudi tak awak terima cincin ni?" direnungnya mata azie yang bagai berkaca... hanya anggukan yang terlintas dipikiran azie. dengan senyuman yang lebar desmond menyarungkan cincin dijari manis azie... terdengarlah tepukan dari rakan2 membuatkan azie tersedar bahawa rakan2 mereka menyaksikan adegan mereka dari tadi. malu menyelinap di muka azie yang kemerehan.
walau pun tidak seromantiks mana desmond namun apa yang telah dirancangkan berjalan dengan lncar. hati mereka berbunga keriangan.

No comments:

Post a Comment