Monday, December 6, 2010

bab 12

hari berganti hari, minit pula bersilih berganti... azie sudah tiga hari tidak sedarkan diri. dokter cakap hentakan yang kuat dikepala telah mengakibatkan pendaran dikapala dan paling menakutkan peluang untuk azie hidup sangat tipis. desmond yang sentiasa bersama azie sentiasa menitiskan air mata begitu juga ayah dan ibu azie yang turut menemani azie. tina pula sentiasa dihimpit rasa bersalah dan ketakutan. kini dia sedar mengapa desmond tak pernah mencintainya... kerana keinginannya dan cintanya pada desmond dia menjadi binatanag yang tidak punya perasaan sehingga azie terlantar dan mungkin azie akan mati. kalau ikutkan memang ini yang tina mahukan namun tatkala memikirkan desmond tak mungkin bersamanya walaupun azie akan pergi dia menjadi kegelisahan. segala apa yang dilakukan selama ini hanya memakan dirinya sendiri. tatkala ini semua menyalahinya dan tiada seorang pun yang bermesra dengannya. semuanya telah diketahui mereka....


dipagi hari jumaat itu sepatutnya desmond ada disisi azie namun dia tidak dapat menemani azie kerana ada urusan lain. urusannya ialah dihari ini dia akan menjadi umat islam. dia memeluk agama islam, pada mulanya dia nak buat kejutan pada azie. namun semua hanya tinggal angan2 kerana azie kini terlantar dihospital. dia ditemani ayah azie dan beberapa rakan rapat yang lain, family azie juga merupakan family angkat desmond... dan nama yang dipilihnya ialah mhd azman shah... nama azman adalah pemberian azie dikala azie sihat dan hubungan mereka baik...


"awak.. kalau awak masuk islam satu hari nanti awak letaklah nama azman... saya suka nama 2 awak..." masih tergiang ditelinganya akan suara manja azie.....




setibanya dihospital desmond atau kini dipanggil azman bertambah gembira bila mendapat tahu azie sudah mula sedar walau masih mamai. di usapnya dahi azie yang sedang lena tidur lalu tangan azie digenggamnya erat..


"awak.. bangung lah awak..." sayup suara desmond namun dapat didengari oleh azie. azie yang tidak berdaya mencuba menarik tangannya dari genggaman tangan desmond. sememangnya dia merindui genggaman tangan lelaki tersebut namun kini tidak mungkin lagi....

"awak saya tahu awak benci saya... saya minta maaf" desmond menitiskan air mata tatkala azie tidak sudi melihat wajahnya.

"awak pergilah bertanggungjwab... saya penat..." azie memejamkan mata menahan kesedihan.
"sebelom saya pergi saya nak awak tahu saya dah memeluk agama islam baru jerk berapa jam dan saya telah meletak nama mohd azman shah... saya tahu walau saya telah memeluk agama islam dosa saya masih tak terampun dan awak masih tetap tidak maafkan saya. namun awak harus tahu ini semua bukan saya yang pinta. tuhan uji saya kerana saya tahu dia tahu saya kuat dan boleh hadapi ini semua. awak ingat tak awak yang cakap kat saya tuhan tak kan uji umatnya diluar kemampuan umatnya..." semakin menitis air mata azie lalu ditolehnya wajah tenang desmond

"awak patut memohon ampun pada dia... percayalah walau awak sayang saya tapi antara kita ada dia awak.. dia yang maha kuasa dan dialah juga yang maha esa..." nafas azie seakan tersekat...

"awak jangan banyak bercakap.. awak rehat lah dulu.." desmond seakan mengerti akan maksud azie. tiba2 tangan desmond digenggam erat oleh azie

"awak saya penat.... sebelom saya rehat saya nak cakap kat awak sesuatau boleh?" tersekat sekat suara azie namun desmond masih dapat mendengar dengan jelas... hanya anggukan dan esakan tanggis dapat desmond jawab...

"azman.. saya sayang awak... awak tak salah apa2 terhadap saya... awak baik sangat terhadap saya. demi hubungan kita dan diri awak bertanggungjwab lah ye.. saya akan tetap menyayangi awak hingga ke nafas terakhir..." dipeluknya sekujur tubuh azie yang lemah dengan erat tatkala mendengarkan ucapan azie yang telah lama tidak didengarinya.

"awak saya memang sayang awak dari dulu saya sayang awak..." desmond tidak menyedari bahawa azie telah menghemburkan nafasnya yang terakhir didalam dakapan desmond.

No comments:

Post a Comment